Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Pelaksanaan Pekan Baru Tungku.  E-mail
Cerita Terkini

 

Tungku - Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Pelaksanaan Pekan Baru Tungku yang di adakan di bilik mesyuarat Pejabat Daerah Kecil Tungku yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Lahad Datu, En. Hj. Zulkefle Nasir. Mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan mengenai pelaksanaan Pekan Baru Tungku. Turut hadir pada mesyuarat tersebut ialah YB Mejar (K) Datuk Ustaz Mohd Suhaili Hj. Said ADUN N49 Tungku, En. Ahmad Shah Mohd Yacob Pengurus Operasi LPPB Sabah, wakil Perkasa Realty Sdn Bhd En. Yusuf Siangah, Penolong Pegawai Daerah Kecil Tungku En. Ibrahim Abd Hakim, pegawai JASA Parlimen Silam En. Mohd Saleh Asah dan Pegawai Kemajuan Masyarakat N49 Tungku En. Kamarudin Hj. Hamid.

YB Datuk Suhaili berharap agar pelaksanaan Pekan Baru Tungku ini dapat dipercepatkan bagi merealisasikan hasrat rakyat di kawasan Tungku menikmati kemudahan asas yang sebelum ini penduduk di kawasan Tungku bergantung kepada Bandar Lahad Datu dan bandar Felda Sahabat. Tambahnya lagi, sekarang ini pekan Tungku terhimpit dengan arus pembangunan kedua-dua bandar yang pesat membangun. Oleh yang demikian, dengan pelaksanaan segera pembangunan Pekan Baru Tungku, maka ianya akan dapat menyaingi pembangunan pesat kedua-dua bandar tersebut serta pertambahan penduduk dimasa akan datang.

Pelbagai bentuk pembangunan dapat dilaksanakan sekiranya kewujudan pekan, dan ini akan dapat menarik pelabur-pelabur dari luar untuk datang ke daerah Tungku yang sememangnya terkenal sebagai pusat pelancongan di pantai timur negeri Sabah, ujarnya lagi.
Written by :
Kaka
 

Trackback(0)

TrackBack URI for this entry

Comments (0)

Subscribe to this comment's feed

Write comment

smaller | bigger

busy
 

SDnet statistic

Statistics
Total Members
: 154
Total Groups
: 7
Total Discussion
: 0
Total Albums
: 29
Total Photos
: 678
Total Videos
: 36
Total Activities
: 1403
Total Wall Posts
: 109

T-SHIRT SBC

sabahdailytshirt2

T-SHIRT SBC

sabahdailytshirt

Traffic Feed