| ELAK BUDAYA DISUAP : KAMARLIN |
| Cerita Terkini |
|
Wednesday, 16 June 2010 10:37
|
|
BEAUFORT : Golongan belia diingatkan supaya meninggalkan budaya pasif atau hanya 'menunggu datang ' sebaliknya mereka perlu merebut pelbagai insentif yang disediakan oleh kerajaan untuk memajukan diri mereka Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Lumadan Kamarlin Haji Ombi berkata ,mereka perlu merebut segala peluang yang tersedia dengan berusaha mencipta peluang-peluang baru untuk diri sendiri dan keluarga “ Jika kaum belia mahu berjaya sikap memilih perkerjaan perlu dikikis sebaliknya mereka perlu meneroka bidang-bidang yang berpotensi untuk diceburi bagi meningkatkan taraf siso eknonomi mereka tanpa bergantung kepada peluang pekerjaan dalam sektor awam” katanya ketika berucap merasmikan program Aspirasi Kerjaya Taklimat dan Temuduga terbuka anjuran Pergerakan Wanita Umno bahagian Sipitang di Dewan SMK Beaufort I pagi kemarin. Hadir sama Ketua Pergerakan Wanita Umno bahagian Sipitang Datuk Surinam Haji Sadikon dan Ketua Penerangan Wanita Umno bahagian Sipitang Norbayah Haji Musa Menurut Kamarlin yang juga Timbalan Ketua Umno bahagian Siptang pembangunan negara dalam konteks Model Baru Ekonomi (MBE) memerlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi sehubungan dengan itu menurut beliau kaum belia juga perlu melengkapkan diri mereka dengan pelbagai kemahiran dengan mengikuti beberapa kursus dalam bidang kemahiran yang disediakan oleh kerajaan. “Kaum belia perlu mempunyai pelan jangka pendek, sederhana dan panjang dalam merancang masa hadapan mereka, jika tidak mereka akan gagal bersaing dalam arus kemajuan perdana negera” katanya. Terdahulu ketika berucap di majlis tersebut Surinam berkata, program tesebut merupakan pendekatan Pergerakan Wanita Umno bahagian Sipitang bagi membantu golongan belia dari kawasan tersebut memperolehi peluang pendidikan,kemahiran dan juga pekerjaan. Katanya pergerakan wanita Umno bahagian itu menjalin kerjasama dengan Tuan Zakir & Training Consultancy bagi mempelawa belia khususnya di kawasan itu untuk belajar di Saito Kolej Kuala Lumpur dalam pelbagai bidang kemahiran dan seterusnya membantu mereka memperolehi pekerjaan di pelbagai sektor. Hasil dari program tersebut seramai 50 orang belia berjaya didaftarkan dan akan menjadi projek printis bagi melanjutkan pengajian dalam bidang kemahiran di kolej berkenaan .
Set as favorite
Bookmark
Email This
Trackback(0)TrackBack URI for this entryComments (0)Write comment |