CERAMAH AGAMA KHAS ISU KEGANASAN ISREAL DI PALESTIN  E-mail
Cerita Terkini

KOTA KINABALU: Hampir 300 orang terdiri dari wakil wakil pertubuhan sukarela, pelajar dan kakitangan kerajaan telah menghadiri  majlis Ceramah  Agama Khas mengenai keganasan rejim Zionis Isreal  terhadap rakyat Palestin anjuran bersama Pertubuhah Islam Seluruh Sabah (USIA) dan Yayasan Sabah bertempat di Mini Teater (Tun Hamadan) Menara Tun Mustapha pagi kemarin.

Ceramah yang disampaikan oleh Pengarah Dakwah (USIA)  Ustaz Abuhurairah Abdurrahman mengupas tentang isu keganasan dan penindasan yang telah dilakukan oleh  rejim zionis Isreal terhadap rakyat di bumi Palestin.

Turut hadir bagi memberikan sokongan terhadap penganjuran majlis  tersebut termasuklah Yang Dipertua (USIA) Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai, Setiausaha Eksekutif kepada Pengarah Yayasan Sabah selaku wakil pengarah Yayasan Sabah Haji Dollah@ A.Zunaidey Haji Mahmood,Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin dan Penolong Setiausaha Agong (USIA) Datuk Arshad Edris.

Terdahulu ketika berucap di majlis tersebut Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin berkata, penganjuran program tersebut merupakan antara pendekatan yang turut dimainkan oleh pertubuhan tersebut bagi memberikan gambaran jelas kepada rakyat di Negara ini tentang kekejaman serta kezaliman yang dilakukan oleh Isreal kepada rakyat Palestin selama ini.

Katanya, program ini merupakan tanda sokongan kepada rakyat di  bumi Palestin  agar terus berjuang mempertahankan Negara mereka dari terus dicerubu oleh rejim zionis Isrel.

“ Ini merupakan tanda sokongan moral  rakyat Malaysia kepada mereka, disamping memberikan gambaran jelas tentang kesengsaraan rakyat Palestin yang terus ditindas dan melalui program ini kita berharap rakyat Malaysia akan lebih prihatin bagi membantu rakyat Palestin dengan pelbagai bentuk bantuan yang boleh kita salurkan” katanya.

C_KUPAS

E_SOKONGAN

A._TEKUN

B_TIBA

C

Written by :
Jaafar Abdul Wahid
 

Trackback(0)

TrackBack URI for this entry

Comments (0)

Subscribe to this comment's feed

Write comment

smaller | bigger

busy
 

SDnet statistic

Statistics
Total Members
: 154
Total Groups
: 7
Total Discussion
: 0
Total Albums
: 29
Total Photos
: 678
Total Videos
: 36
Total Activities
: 1403
Total Wall Posts
: 109

T-SHIRT SBC

sabahdailytshirt2

T-SHIRT SBC

sabahdailytshirt

Traffic Feed